Kerjaya kelab Guillermo_Ochoa

América

Guillermo Ochoa membuat debut untuk América ketika kejohanan Clausura 2004 menentang Monterrey. Pada masa itu, beliau baru berusia 18 tahun dan dipanggil oleh jurulatih Leo Beenhakker. Ochoa menjadi penjaga gol muda untuk menggantikan pemain veteran yang cedera, Adolfo Ríos.

Ketika bermulanya kejohanan Apertura 2004, Ochoa menggantikan Ríos yang telah bersara. Walau bagainamapun, jurulatih baru, Oscar Ruggeri membeli seorang penjaga gol baru yang berasal dari Argentina, Sebastián Saja. Jurulatih Ruggeri bersama kelab itu penuh dengan kontroversi dan telah dipecat selepas enam perlawanan musim. Ochoa kemudian menjadi penjaga gol pertama oleh jurulatih baru, Mario Carrillo. Sejak itu, Ochoa bermain setiap perlawanan untuk Club América. Di bawah jurulatih Carrillo, Ochoa menjuarai kejohanan pertamanya bersama América iaitu musim Clausura 2005.

Ochoa memulakan musim 2008 dengan aksi hebat, membantu América menjuarai InterLiga. Dalam perlawanan peringkat kumpulan, beliau berjaya menyelamat tendangan penalti oleh pasukan Monarcas Morelia pada lewat perlawanan dan América menang 1–0.

Pada musim sejuk 2010, banyak spekulasi mengatakan Ochoa akan berpindah ke England pada musim 2010–11. Akhbar Inggeris, Metro melaporkan bahawa Manchester United menandatangani Ochoa.[2] Ini juga dilaporkan oleh The Daily Mail bahawa Ochoa telah berbicara dengan kelab Fulham.[3] Laporan ini kemudian dinafikan oleh Fulham dan América.

Musim terakhir Ochoa bersama América dalam Clausura 2011 apabila berakhir dengan kekalahan kepada Monarcas Morelia dalam suku akhir.

Ajaccio

Musim 2011–12

Pada 4 Julai 2011, Ochoa menandatangani kontrak tiga tahun bersama Ajaccio. Ochoa bermain bersama Ajaccio dalam dua perlawanan persahabatan menentang Bordeaux dan Real Sociedad.

Beliau membuat penampilan rasmi kelab pada 5 Ogos 2011 menentang Toulouse, pasukannya kalah 2–0.[4] Pada 18 dan 21 Disember, Ajaccio menang dua kali berturut-turut dan Ochoa mengekalkan rekod tanpa bolos. Dalam perlawanan terakhir musim, Ajaccio perlu menang untuk mengelakkan penyingkiran ke atas Toulouse. Ochoa bermain 90 minit dan membantu Ajaccio menang 2-0 dan kekal berada di Ligue 1. Ochoa menghabiskan musim pertamanya bersama Ajaccio dengan 8 rekod tanpa bolos, 43 penyelamatan dan 151 tahanan. Beliau juga menghabiskan musim Ligue 1 dengan melepaskan 59 gol membuatkan beliau bersama penjaga gol Alexis Thébaux, penjaga gol banyak dibolos musim.[5]

Musim 2012–13

Pada 11 Ogos, Ochoa mula bermain menentang Nice, menang 1–0 untuk perlawanan pertamanya pada musim ini. Pada 19 Ogos, Ochoa menjadi watak penting Ajaccio yang berjaya terikat seri 0–0 dengan kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain. Ochoa menghabiskan musim dengan 12 rekod tanpa bolos.

Musim 2013–14

Ochoa memulakan perlawanan pertama bersama Ajaccio pada musim baharu pada 11 Ogos 2013 menentang Saint-Etienne. Ajaccio tewas 1–0. Pada 18 Ogos, Ochoa bermain 90 minit apabila menentang Paris Saint-German di mana Ajaccio telah mendahului 1-0, namun jaringan Edinson Cavani pada minit ke-86 dapat meranapkan harapan Ajaccio untuk mendapat tiga mata penuh dan keputusannya seri 1-1. Pada perlawanan itu, Ochoa telah membuat 12 penyelamatan daripada tendangan PSG.

Pada 18 Januari 2014, Ochoa bermain dalam perlawanan ke-100nya di Eropah tetapi Ajaccio tewas 2-0 kepada Nice. Berikutan tewas 2-1 kepada Bastia pada 20 April, Ajaccio kemudian tersingkir ke Ligue 2 selepas menghabiskan masa tiga tahun di liga teratas.[6] Ochoa bermain dalam perlawanan terakhirnya bersama kelab pada 17 Mei, 3-1 tewas kepada Saint-Etienne.

Málaga

Selepas aksinya di Piala Dunia FIFA 2014, Ochoa menandatangani kelab La Liga, Málaga pada 1 Ogos 2014. Pada 3 Disember, Ochoa membuat debut untuk Malaga dalam saingan Copa del Rey, seri 1-1 menentang Deportivo de La Coruña.